Larangan Guna Note 7 Dalam Penerbangan

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Penumpang pesawat yang menggunakan telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 7 diberi amaran agar mematikan telefon atau tidak mengecas peralatan itu ketika menaiki pesawat.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) susulan kes gajet tersebut meletup sama ada semasa atau selepas dicas.

Syarikat penerbangan Australia, Qantas dan Virgin turut menasihati penumpang agar tidak menggunakan telefon atau mengecas peralatan itu semasa penerbangan.

"Ekoran insiden dan kebimbangan yang dibangkitkan Samsung baru-baru ini terhadap produk mereka, Galaxy Note 7, FAA meminta penumpang tidak memasang atau mengecas gajet terebut di dalam pesawat.

"Penumpang juga diminta tidak menyimpan telefon bimbit tersebut di dalam beg yang disimpan di ruangan kargo," jelas FAA dalam kenyataan pada Khamis.

Samsung meminta pelanggan memulangkan semula model telefon pintar itu untuk siasatan lanjut dan mendapati masalah bateri sebagai punca.

Model terbaharu Samsung itu dilancarkan pada bulan lalu dan telah dijual sebanyak 2.5 juta unit di seluruh dunia. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Samsung , FAA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan