Penerbangan Dragonair Tergendala Selepas Van Rempuh Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 11:14 PM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Pemandu sebuah van cedera di kepala selepas kenderaannya merempuh sebuah pesawat Dragonair di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, petang Khamis.

Kemalangan yang jarang-jarang terjadi itu berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika penerbangan KA691 sedang membuat pelepasan ke Pulau Pinang.

Airbus A330 sedang bergerak perlahan menuju ke landasan apabila van itu dipandu di bawah pesawat dan terus menuju ke salah sebuah enjinnya, menurut laporan.

Perkhidmatan van dari China Aircraft Services itu telah tersekat di bawah enjin pesawat, lapor Apple Daily.

Pemandunya, seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala dan bahu. Dia dalam keadaan sedar apabila diselamatkan dari kenderaan itu dan dibawa ke Hospital North Lantau, polis memberitahu South China Morning Post.

Dalam rakaman video kemalangan itu, van terbabit dilihat membuat pusingan tajam ke kanan sebelum merempuh pesawat.

Lima jentera bomba dan dua ambulans telah dikerah ke tempat kejadian.

Penumpang telah diminta untuk turun dan penerbangan akhirnya berlepas pada pukul 7.44 malam menurut laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Pelepasan penerbangan lain tidak terjejas teruk, menurut laporan. –The Straits Times/Asia News Network
Tags / Kata Kunci: Dragonair , rempuh pesawat

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan