Jemaah Haji Haram Ditahan, Dakwa, Hukum Dalam 24 Jam

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 10:54 AM

Pihak berkuasa Arab Saudi memeriksa dokumen perjalanan jemaah haji bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan masuk secara tidak sah.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Tangkap, dakwa dan hukum dalam masa 24 jam. Itulah tindakan yang akan diambil terhadap jemaah yang memasuki Tanah Suci tanpa permit haji.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Ekspatriat di Direktorat Am Penjara, Mejar Jeneral Muhammad Al-Anzi.

“Keputusan untuk penjara dan denda jemaah yang menyalahi undang-undang akan dibuat dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Tambahnya lagi, hukuman terhadap jemaah haram dan pemandu kenderaan yang mengangkut mereka adalah muktamad.

"Keputusan akan dikeluarkan jawatankuasa pentadbiran khas yang ditempatkan di pos pemeriksaan di sepanjang jalan ke Makkah dan tempat suci.

"Pesalah kemudian akan dihantar ke pusat tahanan berhampiran pos pemeriksaan Al-Shumaisi di sepanjang Lebuh Raya Jeddah-Makkah dalam masa 48 jam," katanya.

Media tempatan memetik Muhammad berkata, banyak laluan keluar sebelum pos pemeriksaan Makkah dan tempat-tempat suci bagi membolehkan mereka yang tiada permit haji berpatah balik.

Bagaimanapun, mereka akan ditangkap dan dibicarakan jika cuba melepasi pos pemeriksaan tanpa permit.

Pengarah Jabatan Lalu Lintas Makkah Kolonel Basim Al-Badri berkata, tiada kenderaan akan dibenarkan memasuki jalan utama menuju ke tempat suci.

Lebih 27,000 anggota keselamatan akan dikerah ketika musim haji bagi memastikan keselamatan jemaah.

Sementara itu, Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jeneral Khaled Al-Harbi berkata, laungan slogan juga tidak dibenarkan.

“Kadar keselamatan kami berupaya menguruskan orang ramai dan memastikan keselamatan mereka,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Makkah , haji , Muhammad Al-Anzi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan