Gadis Kacukan Juara Ratu Cantik Jepun

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Buat kali kedua berturut-turut, pertandingan Ratu Cantik Jepun dimenangi oleh peserta berdarah kacukan apabila edisi 2016 dimenangi oleh gadis kacukan India-Jepun, Priyanka Yoshikawa.

Tahun lalu, pertandingan itu dimenangi oleh gadis kacukan kulit hitam, Ariana Miyatomo, tetapi kemenangan wanita berusia 22 tahun tersebut menerima kritikan pelbagai pihak di laman sosial.

Ramai pihak berpendapat bahawa gelaran Ratu Cantik Jepun perlu dirangkul oleh peserta Jepun ‘tulen’ sahaja, bukan berdarah kacukan.

Bagaimanapun juara tahun ini, Yoshikawa menganggap isu tersebut tidak perlu diperbesarkan, sebaliknya dia berterima kasih kepada Miyatomo kerana membuka peluang kepadanya untuk menyertai pertandingan terbabit.

[ Juara Ratu Cantik Jepun 2015, Ariana Miyamoto ]

Malah dia bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat Jepun terhadap isu kacukan itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menentang sikap prejudis perkauman di Jepun.

“Sebelum kemunculan Ariana, gadis kacukan tidak berpeluang untuk memasuki pertandingan ini.

“Saya tetap berbangga dengan keturunan bapa yang merupakan orang India.Namun ia tidak bermakna saya bukanlah orang Jepun,” kata wanita berusia 22 tahun itu.

Yoshikawa dilahirkan di Tokyo dan memiliki lesen untuk melatih gajah.

Tags / Kata Kunci: Ratu Cantik Jepun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan