Pokemon Go Menyinggung Perasaan Penganut Hindu - Berita Dunia | mStar

Pokemon Go Menyinggung Perasaan Penganut Hindu

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

AHMEDABAD: Pokemon Go adalah 'menentang agama' dan perlu diharamkan, mahkamah India diberitahu pada Rabu, kerana ia memberikan ganjaran telur kepada pengamal vegetarian.

Peguam Nachiket Dave berhujah bahawa permainan ini menyinggung sensitiviti penganut agama Hindu dan Jain di mana sesetengah daripada mereka tidak makan daging atau produk lain berasaskan haiwan, dengan memberikan 'telur maya' kepada pemain, termasuk di tempat-tempat ibadat.

"Mereka yang berjaya akan diberi ganjaran telur. Menawarkan telur-telur kepada pemain di kuil-kuil, walaupun di dunia maya, adalah sangat tidak menyenangkan dan mempunyai unsur kekufuran," Dave memberitahu AFP selepas perbicaraan ringkas di mahkamah negeri Gujarat.

Ramai penganut agama Hindu adalah vegetarian, antaranya Perdana Menteri Narendra Modi, manakala ahli-ahli dengan kepercayaan Jain biasanya mengikuti diet vegan yang sangat ketat.

Dave, yang bertindak bagi pihak individu persendirian bernama Alay Dave berkata mahkamah kini akan meminta Gujarat dan kerajaan India serta pembuat Pokemon Go yang berpangkalan di San Francisco untuk bertindak balas terhadap tuntutan itu.

Pokemon Go yang menjadi kegilaan turut menerima aduan dan kritikan apabila tempat-tempat ibadat menjadi sebahagian daripada permainan dan beberapa negara telah mengenakan larangan penuh terhadap permainan ini.

Permainan ini baru-baru ini telah dikemaskini dengan memorial Hiroshima dan Berlin Holocaust telah dipadam daripada Pokemon Go.

Seorang blogger Rusia telah didakwa kerana menyinggung perasaan penganut agama dan menghasut kebencian selepas dia mengambil gambar bermain Pokemon Go di sebuah gereja.
Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , telur , tempat ibadat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan