Indonesia Sedia Ikut Filipina Perangi Dadah

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedia mengikut jejak langkah Filipina dalam usaha memerangi ancaman dadah apabila menambah bilangan anggota polis dan membekalkan senjata berat kepada anggota penguatkuasa.

Kedua-dua negara ASEAN sebelum ini mengisytiharkan "perang" terhadap gejala dadah, dengan Indonesia meneruskan hukuman mati ke atas pesalah dadah, manakala Filipina melancarkan kempen memerangi dadah yang menyaksikan beratus-ratus pengedar dibunuh dalam tempoh beberapa bulan.

Pemimpin kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan pada minggu ini di Jakarta dan satu daripada topik yang akan dibincangkan adalah cara untuk menghapuskan rangkaian dadah di rantau ini.

Menjelang pertemuan tersebut, Pengarah Agensi Anti-Dadah Negara (BNN), Budi Waseso berkata pada Selasa, pihaknya dalam proses untuk menambah senjata, anggota penyiasat, teknologi, anjing pengesan sebagai usaha memperkukuhkan kempen memerangi ancaman dadah di negara ini.

Ketika ditanya sama ada Indonesia akan bertindak agresif seperti kerajaan Filipina dalam menghapuskan dadah, Waseso berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian kerana masalah dadah di negara ini sangat teruk, seperti yang dihadapi Manila.

"Hidup pengedar dadah tidak bernilai kerana dia melakukan pembunuhan besar-besaran.

"Adakah kita perlu menghormati mereka?" katanya.

Bagaimanapun jurucakap BNN, Slamet Pribadi berkata, kerajaan Indonesia tidak akan bertindak terlalu agresif seperti Filipina.

"Hukuman yang dilaksanakan perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sama ada di peringkat negara atau antarabangsa," katanya.

Sejak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengambil-alih tampuk pemerintahan pada Jun lalu, kira-kira 2,400 orang disahkan terbunuh dalam kempen memerangi dadah.

Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 900 orang maut dalam operasi polis manakala selebihnya terbunuh ketika siasatan dijalankan. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Filipina , Dadah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan