Drama Tebusan di Kabul Berakhir

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

KABUL: Pihak keselamatan Afghanistan menembak mati tiga penyerang untuk menamatkan drama tebusan yang berlanjutan kira-kira 11 jam di sebuah pejabat pertubuhan bantuan antarabangsa pada Selasa.

Menurut portal Al Jazeera, insiden mencemaskan itu bermula apabila kumpuulan penyerang terbabit memasuki bangunan Pamlarena milik Care International selepas melancarkan siri serangan bom berani mati sehari sebelumnya.

Serangan bom itu menyasarkan bangunan kementerian pertahanan di kawasan berhampiran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 24 otang terbunuh termasuk sejumlah pegawai kanan pasukan keselamatan Afghanistan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi berkata, tiga penyerang berkenaan menahan sejumlah tebusan dan berkubu di bangunan tersebut yang telah dikepung oleh pasukan keselamatan.

"Pasukan khas polis melakukan serbuan dan menembak mati kesemua penyerang.

"Seramai 31 orang diselamatkan dalam kejadian tersebut termasuk enam mangsa yang cedera," katanya.

Militan Taliban mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.

Tags / Kata Kunci: Afghanistan Tebusan Taliban

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan