Bantahan Antiperkauman Jejas Operasi Lapangan Terbang London

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Lapangan Terbang London City terpaksa ditutup selepas kumpulan antiperkauman, Black Lives Matter (BLM) merantai diri dan enggak berganjak dari landasan ketika mengadakan tunjuk perasaan di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan polis, sembilan penunjuk perasaan merantai diri mereka pada tiga batang tiang, menyebabkan operasi lapangan terbang terjejas dan kesemua penerbangan dialihkan.

Jelas kenyataan itu, pihak polis cuba melakukan rundingan dengan kumpulan penunjuk perasaan tetapi usaha tersebut gagal.

"Pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan, pihak polis London menerima panggilan tentang kehadiran sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di landasan Lapangan Terbang London City.

"Kami masih menunggu ketibaan pasukan khas untuk menyuraikan tunjuk peasaan tersebut dan tiada tangkapan dibuat setakat ini," tambah kenyataan itu.

Pihak pengurusan lapangan terbang berkata, kebanyakan penerbangan dialihkan ke lapangan terbang di Southend dan Gatwick yang terletak berdekatan London.

Kumpulan BLM mengadakan bantahan itu bagi memperjuangkan nasib golongan kulit hitam di Britain yang sering menjadi mangsa perkauman dan diskriminasi. - AFP

Tags / Kata Kunci: Bantahan , Perkauman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan