Jangan Hentikan Misi Pencarian - Waris MH370

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Ahli keluarga dan waris nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi sejak lebih dua tahun lalu, merayu agar usaha pencarian tidak dihentikan demi mengetahui nasib sebenar yang menimpa insan tersayang.

Ahli keluarga mangsa dari Malaysia, China dan Australia yang berasa kecewa dengan perkembangan usaha sejak 8 Mac 2014 itu, akan mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di sini pada Selasa.

Selain itu, mereka juga akan bertemu dengan krew kapal Dutch Fugro yang terlibat dalam misi pencarian di selatan Laut Hindi.

Grace Nathan, ibu kepada Anne Daisy yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat MH370, berkata, semua ahli keluarga mangsa mahu kepastian sama ada penemuan serpihan dan objek di kawasan pantai Afrika memberi petunjuk baharu atau misi tetap dihentikan pada hujung tahun ini.

Mereka turut bersedia membincangkan cara yang lebih murah berbanding misi yang telah menelan belanja sebanyak AS$170 juta (RM510 juta), sekali gus menjadi pencarian paling mahal dalam sejarah penerbangan.

"Kami berhadap pertemuan dengan wakil syarikat pencarian Fugro dan ATSB dalam membantu kami memahami situasi yang bakal dihadapi atau persediaan yang perlu diambil.

"Tetapi sebagai waris mangsa, kami merayu kepada mereka agar misi ini diteruskan," katanya seperti dilaporkan portal The Australian.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi.

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan