Kota London Imbau Detik Kebakaran Besar September 1666

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pembakaran replika kayu Kota London abad ke-17 di Sungai Thames dilakukan bagi memperingati ulang tahun ke-350 kebakaran yang memusnahkan bandar raya itu, sekali gus membawa kepada pembangunan sebuah negara maju.

Orang ramai memenuhi sepanjang sungai berkenaan untuk menyaksikan detik api dinyalakan pada replika sepanjang 120 meter tersebut.

Penonton juga tidak melepaskan peluang merakam foto menggunakan telefon pintar ketika api marak yang kelihatan dengan jelas merentasi sungai itu.

Bagi menggambarkan kejadian pada 2 September 1666, pakar dari Amerika Syarikat, David Best digunakan dan ia disiarkan secara langsung dalam talian.

Kejadian yang dikenali sebagai ‘The Great Fire of London’ bermula di kedai roti Thomas Farrinor di Pudding Lane.

Kebakaran itu berlarutan selama tiga hari sehingga 5 September, menyebabkan 80 peratus kemusnahan Kota London yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu.

Dianggarkan 70,000 daripada 80,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Selepas api dipadamkan, sebanyak 13,200 rumah, 87 gereja dan gereja besar Saint Paul musnah.

Seni bina Kota London pada hari ini mempunyai ciri-ciri ‘English Baroque’ yang dibina menggunakan abu daripada kebakaran tersebut yang dikenali sebagai batu ‘Portland’  kelabu, dan susun atur bandar ini dikekalkan bagi menghormati hak harta mereka.

Lakonan semula kebakaran itu juga meraikan kelahiran semula dan kemajuan yang bakal berlaku di bandar itu.

Ketua Pembangunan Budaya dan Pelawat London, Nick Bodger berkata, daya tahan ibu negara itu dapat disaksikan ketika kejadian Blitz 1940 - yang membantu membina semula dan meneruskan kehidupan.

“Kebakaran yang tercetus daripada ketuhar kedai roti memberi impak yang negatif terutama dari segi ekonomi bandar ini.

“Pembaharuan yang kita lihat pada hari ini tercetus daripada abu kebakaran yang digunakan untuk memajukan bandar ini,” katanya kepada media ketika ulang tahun kejadian itu.

Program Pembakaran London menyaksikan api dipancarkan ke Saint Paul’s Cathedral adalah monumen terkenal yang siap dibina selepas 44 tahun kejadian 'The Great Fire of London'.

 
Tags / Kata Kunci: London , Great Fire of London , Sungai Thames

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan