Kes Zika Di Singapura Cecah 242 - Berita Dunia | mStar

Kes Zika Di Singapura Cecah 242

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Jumlah kes jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 242 pada Ahad, seminggu selepas wabak berkenaan mula dilaporkan di negara itu.

Ia menyaksikan peningkatan 27 kes daripada 215 kes pada Sabtu.

Sebanyak 25 baharu daripada kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive/Kallang Way/ Paya Lebar Way, manakala satu lagi kawasan baharu berpotensi bagi wabak itu di Joo Seng Road di mana satu kes sebelum ini dikesan.

Menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura, setakat Sabtu, ia menghapuskan 62 kawasan pembiakan nyamuk di Aljunied dan 39 lagi di Bedok North Avenue.

NEA akan terus melakukan kawalan terhadap pembiakan nyamuk, termasuk di Joo Seng Road.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Kanan Kesihatan, Sumber Air dan Alam Sekitar, Amy Khor berkata, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji amalan mengasingkan pesakit yang disahkan dan disyaki terkena jangkitan Zika.

Beliau berkata, kesemua pesakit boleh dibenarkan untuk berehat di rumah selagi mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan produk penghalau nyamuk.

Pendekatan itu selari dengan langkah kerajaan untuk mengatasi demam denggi. – The Straits Times/Asia News Network

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan