Jambatan Kaca Ditutup, Hadkan Pengunjung 8,000 Sehari

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Selepas dua minggu dibuka, jambatan kaca terpanjang di dunia di sini terpaksa ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf sistem dalaman.

Sejak dibuka, jambatan yang tergantung pada ketinggian 300 meter itu mencatatkan lebih 10,000 pengunjung sehari , sekali gus mencatatkan nama dalam Guinness World Records.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan beberapa pegawai bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut bila jambatan sepanjang 430 meter akan dibuka semula.

Berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai untuk menyaksikan jambatan itu, pihak pengurusan kawasan berkenaan berhasrat untuk mengehadkan jumlah pengunjung tidak lebih 8,000 sehari.

Pengumuman melalui laman media sosial menyebut, syarikat itu memohon maaf atas kesulitan kepada kebanyakan pelancong yang telah membuat tempahan untuk melawat kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai masih tidak dapat menerima permohonan maaf secara terbuka syarikat kerana mereka sudah bersiap sedia dan ada yang dalam perjalanan untuk merasai pengalaman berjalan atas jambatan kaca itu.

“Anda telah menipu pelanggan. Saya kini berada dalam kereta api untuk ke sana. Saya tidak boleh me­nukar rancangan ini atau mendapat bayaran semula.

“Anda membuatkan dunia hilang harapan. Saya melihat anda sebagai penipu nombor satu dunia,” demikian luah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan penutupan itu. – AFP



Tags / Kata Kunci: jambatan kaca , Beijing

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan