Seorang Maut, Bekalan Kuasa Terputus Akibat Taufan Hermine

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

MIAMI: Taufan Hermine yang melanda Pantai Teluk Florida telah menumbangkan pokok-pokok, menyebabkan banjir dan memutuskan bekalan kuasa, Jumaat.

Seorang lelaki gelandangan maut ditimpa pokok, kata Gabenor Florida, Rick Scott.

Tiada laporan kecederaan lain setakat ini tetapi petugas kecemasan bekerja tanpa henti sehingga lewat malam untuk menyelamatkan 18 mangsa banjir di Pascoe, Florida, dan beberapa keluarga di Hernando County, kata Scott.

"Hari ini, kita tahu bahawa terdapat banyak kerja perlu dilakukan berikutan ribut ini," kata gabenor itu dalam satu kenyataan.

"Perkara nombor satu adalah memastikan keadaan kekal selamat," katanya.

"Arus deras dan banjir pantai yang mengancam nyawa akan berterusan dan kita semua perlu sentiasa berhati-hati."

Keadaan semakin teruk apabila Taufan Hermine tiba, bertiup dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam menyebabkan beberapa kawasan di Florida menerima hujan sebanyak 12 sentimeter dan media melaporkan 270,000 penduduk terjejas akibat bekalan elektrik terputus.

Hermine, yang dijangka menjadi taufan pertama tiba di Florida sejak Wilma pada 2005, juga memberi ancaman kepada negeri sepanjang utara Pantai Atlantik yang mempunyai puluhan juta penduduk.

"Taufan Hermine mengumpul kekuatan dengan cepat dan akan memberi kesan kepada majoriti negeri kita," kata Scott.
Tags / Kata Kunci: taufan Hermine , elektrik putus , Rick Scott

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan