Dubai Perkenal Bas Tanpa Pemandu - Berita Dunia | mStar

Dubai Perkenal Bas Tanpa Pemandu

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Dubai memperkenalkan perkhidmatan bas tanpa pemandu merentasi laluan sepanjang 700 meter di pusat bandar ini berhampiran menara tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Pengangkutan yang pertama seumpamanya itu kini menjalani tempoh percubaan selama sebulan sebelum diperluaskan ke seluruh bandar raya ini.

Kenderaan dengan 10 tempat duduk itu melakukan perjalanan pertamanya pada Khamis lalu.

Dibangunkan bersama kumpulan Perancis, Easy Mile dan syarikat berpangkalan di Dubai, Omnix, bas mini itu dikuasai motor elektrik.

Ia boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 40 kilometer sejam dan kelajuannya bergantung kepada keadaan sekitar dan akan berhenti jika ada pejalan kaki melintas di depannya.

Kenderaan itu juga mampu diprogramkan untuk bergerak sekitar kawasan tarikan pelancongan utama Dubai termasuk Burj Khalifa, Dubai Mall, Dubai Opera dan pusat beli-belah Souk al-Bahar, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan dalam satu kenyataan. - AFP


Tags / Kata Kunci: Dubai , Burj Khalifa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan