Roket Bawa Satelit Pertama Facebook Meletup - Berita Dunia | mStar

Roket Bawa Satelit Pertama Facebook Meletup

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

FLORIDA: Roket SpaceX Falcon 9 yang digunakan untuk membawa satelit komunikasi pertama syarikat media sosial Facebook, meletup secara tiba-tiba ketika menjalani ujian pemeriksaan di tapak pelancaran Cape Canaveral di sini pada Khamis.

Menurut laporan portal Mail Online, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan, sekali gus memusnahkan satelit Amos-6 yang bernilai AS$200 juta (RM814 juta) yang dijadualkan dilancarkan pada Sabtu ini.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan letupan bermula pada bahagian kedua roket tersebut sebelum keseluruhan roket musnah sepenuhnya dalam letupan yang lebih besar.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk berkata, punca sebenar kejadian masih belum diketahui tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan satelit milik syarikatnya musnah dalam kejadian berkenaan dan berasa kecewa dengan insiden itu.

Mengikut perancangan Zuckerberg, satelit itu digunakan untuk menyediakan rangkaian internet secara percuma kepada lebih 14 buah negara di benua Afrika.

Pautan asal: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3769059/SpaceX-Falcon-9-rocket-EXPLODES-launch-pad-shaking-buildings-Cape-Canaveral.html

Tags / Kata Kunci: SpaceX , Roket , Facebook , Meletup
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan