Serangan Bom Di Pakistan Ragut 12 Nyawa

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 5:55 PM

Pihak berkuasa Pakistan memeriksa lokasi serangan di mahkamah dekat pekan Mardan apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 52 mangsa lagi cedera dalam dua serangan bom di sebuah mahkamah daerah di barat laut Pakistan pada Jumaat.

Menurut laporan portal Al Jazeera, letupan pertama berlaku apabila seorang pengebom berani mati melontarkan bom tangan ke arah pasukan polis yang mengawal mahkamah di pekan Mardan dekat wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.

Kemudian penyerang terbabit meletupkan diri ketika kawasan mahkamah itu dipenuhi ramai peguam dan orang awam.

Ketua pasukan penyelamat Mardan, Haris Habib berkata, antara 12 mangsa yang terbunuh merupakan peguam, anggota polis dan orang awam.

Selain itu katanya, kira-kira 52 mangsa yang cedera turut diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk dirawat.

Kumpulan militan Jamaat-ul-Ahrar yang mempunyai kaitan dengan militan Taliban mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.


Tags / Kata Kunci: Pakistan , Bom

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan