Kereta Remuk, Lapan Lorong Di Singapura Terjejas Akibat Teksi Hilang Kawalan

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang 'hilang kawalan' kenderaannya telah menyebabkan tiga orang dimasukkan ke hospital dan menyebabkan lapan lorong di Scotts Road, terjejas, Rabu.

Saksi berkata, teksi ComfortDelGro berwarna biru itu telah keluar dari Claymore Hill, bersebelahan Shaw House apabila ia merempuh sebuah Toyota Alphard berwarna putih, sebelum melanggar Hyundai Avante kira-kira pukul 2 petang.

Ia kemudian merempuh pembahagi jalan dan melanggar pula sebuah kereta Volvo kelabu gelap yang berada di sisi lain, sebelum tersadai di tiang lampu di hadapan Scotts Square.

Kesan hentaman begitu kuat, sehingga beg udara kereta Volvo terkeluar.

Pemandu teksi itu, seorang lelaki dalam lingkungan usia 60-an telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan di kepala, bersama pemandu kereta Hyundai dan seorang lelaki difahamkan penumpang di dalam kereta Volvo. 

Jumaat Azhar, 24, yang bekerja di outlet jenama Michael Kors berdekatan, memberitahu The Straits Times: "Pemandu teksi itu berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Saya fikir berlaku pendarahan di kepalanya."

Beliau bergegas keluar untuk membantu selepas mendengar dentuman kuat.

Jumaat berkata seorang lelaki telah menghampiri pemandu teksi itu dan membuat panggilan kecemasan sebelum masuk ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan kit bantuan kecemasan.

"Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan daripada apa yang saya dapat lihat," katanya.

Pemandu Toyota Alphard, Hisham Badarun, 47, yang merupakan pemandu untuk sebuah syarikat pembinaan berkata beliau sedang menunggu untuk masuk ke Scotts Road dari Claymore Hill apabila dilanggar oleh teksi terbabit.

"Ia melanggar saya dari belakang, kemudian berundur dan kemudian bergerak ke hadapan dan melanggar saya sekali lagi, sebelum terperosok di sebelah kiri saya ke jalan utama. Saya fikir pemandu itu hilang kawalan kenderaan," katanya.

Selain 'terkejut besar', Hisham tidak mengalami kecederaan.

Pemandu Hyundai Avante, Rashid Hassim, 32, pula sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Tampines dari Ion Orchard.

"Ia sangat kuat dan kereta saya berpusing. Sekarang, saya sakit di bahagian kiri badan, dari dada ke kaki," kata jurutera sokongan IT ini.

Keadaan pemandu teksi dan budak lelaki terbabit tidak diketahui malam tadi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura menghantar tiga buah ambulans ke tempat kejadian. Polis sedang menyiasat. The Straits Times/Asian News Network
Tags / Kata Kunci: Scotts Road , kemalangan teksi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan