Waris Tragedi MH17 Minta Bantuan EU

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Ahli keluarga dan waris mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine kira-kira dua tahun lalu, meminta bantuan Kesatuan Eropah (EU) bagi menggesa Rusia, Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerahkan semua maklumat risikan dan radar kepada pasukan penyiasat.

Menurut laporan portal Voice of America, satu pasukan penyiasat antarabangsa sedia memfailkan dakwaan jenayah terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut tetapi waris mangsa bimbang proses siasatan tersebut terjejas akibat kurang kerjasama antara ketiga-tiga negara terbabit.

Rayuan itu dikemukakan oleh waris mangsa menerusi sepucuk surat kepada Diplomat Tertinggi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan EU, Federica Mogherini, baru-baru ini.

"Bagi kami, sebagai ahli keluarga mangsa yang bimbang terhadap proses siasatan tragedi MH17, sangat berharap pihak terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan," jelas surat berkenaan.

Bagaimanapun, Mogherini masih belum memberi maklum balas berhubung surat itu.

Pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan buatan Rusia, BUK pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan krew.

Seorang daripada waris mangsa nahas berkenaan, Silene Fredriksz-Hoogzand berkata, tekanan harus diletakkan ke atas Rusia dan Ukraine untuk menyerahkan maklumat radar bagi membantu mengesan lokasi sebenar peluru berpandu itu dilancarkan.

"Kedua-dua negara saling menyalahkan satu sama lain.

"Selepas dua tahu, kami masih belum menerima sebarang jawapan dan EU perlu memberi tekanan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Sementara itu, Dmitry Peskov, jurucakap Presiden Rusia, Vladimir Putin, berkata pada 31 Ogos, Moscow telah menyerahkan semua maklumat perisikan kepada penyiasat antarabangsa untuk membantu siasatan tragedi MH17. - AGENSI


Tags / Kata Kunci: MH17 , Waris , Rayu , EU

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan