Tujuh Ahli Kumpulan Al-Qaeda Digantung Mati

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 11:24 AM

Seseorang anggota kerajaan Iraq menunjukkan tanda kemenangan selepas berdiri di atas kenderaan tentera. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

TUJUH lelaki berketurunan arab menerima hukuman gantung di Iraq pada Rabu kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan al-Qaeda.

Menurut pegawai wilayah Dhi Qar, mereka yang ditahan lebih daripada empat tahun itu didapati bersalah selepas melakukan aktiviti pengganas dan dikatakan tulang belakang bagi kumpulan militan IS.

"Hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada Rabu terhadap tujuh pengganas yang berasal dari Mesir, Tunisia, Libya, Sudan, Palestin, Syria dan Jordan di penjara Nasiriyah," kata Dakhel Radhi.

Seorang lagi pegawai penjara Nasiriyah berkata tujuh suspek dipenjara lebih daripada empat tahun dan enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Tambahnya, kira-kira 60 banduan lain dari Yaman, Arab Saudi, Syria, Mesir, Libya dan Algeria masih ditahan di penjara Nasiriyah atas tuduhan yang sama namun rekod jumlah suspek yang sudah dihukum mati tidak didedahkan.

Terdahulu, kerajaan Iraq menggantung 36 orang pada Ogos atas kesalahan bunuh beramai-ramai pada 2014 yang melibatkan sunni dan militan bersekutu.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International pula mengkritik hukuman gantung yang dijalankan dan memaklumkan kerajaan Iraq menjatuhkan hukuman gantung terhadap 81 orang pada tahun ini. -AFP

Tags / Kata Kunci: Iraq , IS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan