Lapangan Terbang Frankfurt Kecoh Penumpang 'Terlepas' - Berita Dunia | mStar

Lapangan Terbang Frankfurt Kecoh Penumpang 'Terlepas'

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

LAPANGAN Terbang Frankfurt di Jerman mencetuskan kekecohan selepas seorang penumpang terlepas masuk tanpa pemeriksaan keselamatan.

Menurut penerbitan Jerman, BILD, polis terpaksa melakukan proses pemindahan dan mengosongkan Terminal 1 dan 2, selepas individu berkenaan hilang di tengah kesibukan orang ramai.

Pengendali lapangan terbang itu, Fraport pada Rabu menjelaskan bahawa amaran keselamatan dimaklumkan selepas penumpang berkenaan memasuki pintu keselamatan tanpa diperiksa sepenuhnya.

Seorang jurucakap polis berkata, tidak dipastikan sama ada individu terbabit yang belum ditemui itu dengan sengaja melanggar pemeriksaan keselamatan atau membawa barangan larangan.

"Tujuan utama pemindahan ini bagi memastikan terminal dijamin terkawal," kata jurucakap itu.

Seorang jurucakap Fraport berkata: "Seorang penumpang memasuki kawasan keselamatan di Lapangan Terbang Frankfurt hari  ini sebelum menjalani pemeriksaan keselamatan sepenuhnya.

"Oleh itu, polis persekutuan Jerman mengosongkan balai pelepasan A sebagai langkah berjaga-jaga.

"Para penumpang akan diperiksa semula sebelum mereka berlepas."

Tambahnya, amaran keselamatan itu mengakibatkan beberapa kelewatan penerbangan.

Lapangan itu merupakan hab utama bagi syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa. - Mirror

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan