"Dengar Cakap Saya Dulu", Kata Duterte Kepada Obama

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia bersedia berbincang sebarang isu dengan Barack Obama apabila mereka bertemu di Laos minggu depan.

Bagaimanapun tambahnya, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu perlu mendengar apa yang diperkatakannya dahulu sebelum mempersoalkan sebarang isu berkaitan hak kemanusiaan.

Sebelum ini, Washington menyatakan kebimbangan susulan tindakan membunuh penjenayah dadah sejak Duterte mengisi kerusi presiden dua bulan lalu dalam usaha memerangi gejala kegiatan narkotik di negara itu.

Ditanya apakah beliau bersedia membincangkan aspek kemanusiaan pada pertemuan dengan Obama pada acara sampingan sidang kemuncak Asia Timur pada 6 September ini, kata Duterte kepada wartawan:

"Bergantung kepada apa yang beliau persetujui.

"Mereka perlu memahami masalah yang dihadapi sebelum bercakap mengenai hak kemanusiaan. Saya akan tekankan hal ini dan katakan, dengar sini, inilah masalahnya sebelum kami berbincang lanjut."

Data polis pada Selasa menunjukkan bilangan penjenayah jenayah yang dihukum mati di bawah pentadbiran Duterte mencecah 2,000, hampir separuh daripadanya ditahan dalam operasi polis dan selebihnya ditembak mati oleh penembak yang tidak diketahui identitinya.

Duterte yang dikenali sebagai 'The Punisher', tidak mahu tunduk kepada tindakannya walaupun mendapat kritikan daripada AS dan negara lain.

Pada Isnin, Rumah Putih berkata, Obama akan mengetengahkan beberapa isu susulan kenyataan yang dikeluarkan Duterte apabila keduanya bertemu minggu depan.

Kata Duterte, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin China, yang akan diwakili oleh Perdana Menterinya, Li Keqiang.

Laporan media menyebut, pemimpin Filipina itu juga akan menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin - Reuters

Tags / Kata Kunci: Duterte , Barack Obama , Filipina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan