"Henti Komen Yang Tidak Diperlukan" - Menteri Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kritikan berterusan yang diterima Indonesia susulan kejadian kebakaran hutan hingga menimbulkan masalah jerebu mendorong menteri kabinet negara itu meminta semua pihak supaya menghentikan komen yang tidak diperlukan.

Sebuah portal berita CNA melaporkan, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Dr. Siti Nurbaya berkata, negaranya bekerja tanpa henti untuk menangani kebakaran hutan dan berharap pihak luar dapat fokus kepada usaha Indonesia itu, bukan mengkritik.

“Kami akan terus menghormati aduan oleh negara-negara jiran tetapi kami tidak bekerja memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut disebabkan tekanan dari luar.

“Semua orang luar harus menghentikan komen yang tidak diperlukan dan melihat kepada usaha serius dan sistematik yang dilakukan pemerintah Indonesia,” katanya.

Menurut menteri berkenaan, kementeriannya telah mengambil pelbagai pendekatan untuk menangani kebakaran hutan termasuk melaksanakan sekatan pentadbiran dan undang-undang sivil.

Katanya lagi, kira-kira 30 syarikat boleh dikenakan sekatan pentadbiran berhubung kebakaran hutan pada tahun lalu. 

Mereka yang didapati bersalah akan diberi amaran keras, manakala lesen perniagaan juga ditarik balik untuk sementara waktu.

Tanpa mendedahkan nama-nama syarikat berkenaan, tambahnya lagi, setakat ini kes saman sivil terhadap hampir 10 syarikat masih berjalan. 

Siti berkata, pasukan bersepadu kini bekerja keras untuk memadamkan api tanpa mengenal erti penat lelah.

“Pada masa ini, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan telah menggantung sementara permit bagi pengurusan hutan, ladang kelapa sawit dan tanah gambut," katanya.

Keberkesanan usaha Indonesia itu, ujarnya, terbukti berdasarkan penurunan kadar asap jerebu dan kebakaran hutan tahun ini berbanding 2015.

Pemerhatian satelit menunjukkan bilangan titik panas akibat kebakaran hutan berkurangan daripada 8,247 dari Januari hingga Ogos 2015 kepada 2,356 untuk tempoh sama tahun ini sekali gus penurunan hampir 75 peratus.

Penurunan terbesar titik panas adalah di wilayah Riau (daripada 1,292 kepada 317) dan Kalimantan Tengah (daripada 1,137 kepada 56) tahun ini, katanya



Tags / Kata Kunci: Indonesia , jerebu , Dr Siti Nurbaya

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan