Rekrut Tentera Antara 60 Terkorban Serangan Bom Di Aden

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

ADEN: Sebuah pusat pengambilan rekrut tentera di tengah bandaraya ini bergegar akibat serangan bom kereta, sekali gus mengorbankan sekurang-kurangnya 60 terkorban.

Penyerang terbabit memecut kenderaannya masuk ke kawasan itu apabila pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk.

Ketika penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan itu, rekrut tentera sedang berkumpul untuk tujuan pendaftaran.

Selepas beberapa jam, kumpulan pengganas Daesh tampil mengakui bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan terbabit dalam peperangan dengan pemberontak Houthi selain Daish dan al-Qaeda di negara itu sejak lebih setahun lalu.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka selepas letupan itu.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa sementara 29 lagi cedera.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada yang terbunuh itu semua rekrut.

Aden menyaksikan beberapa siri pengeboman dan tembakan yang menyasarkan pegawai dan pasukan keselamatan.

Al-Qaeda dan Daesh yang mengambil kesempatan dengan kekacauan di Yaman untuk mengembangkan penguasaan mereka di selatan dan tenggara negara itu sering mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Aden.





Tags / Kata Kunci: Aden , Daesh , Yaman , tentera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan