37 Kes Zika Dikaitkan Dengan Sebuah Tapak Pembinaan

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebanyak 37 kes Zika dikesan berpunca dari sebuah tapak pembinaan Kondominium Sim Urban Oasis di 60 Sims Drive.

Menurut laman webnya, tapak seluas 23,900 meter persegi itu sedang dibangunkan oleh GuocoLand dan hartanah itu dianggarkan diserahkan kepada pembeli pada Jun 2020.

Sejumlah 118 pekerja di tapak pembinaan itu telah menjalani pemeriksaan untuk virus tersebut.

Antaranya, seorang lelaki warga Singapura berusia 30 tahun yang tinggal di Sembawang Drive mengalami demam dan ruam pada Isnin lalu.

Dia dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) pada Sabtu lalu.

Daripada 36 pekerja asing lain yang disahkan positif, tujuh dimasukkan ke CDC manakala selebihnya sudah pulih sepenuhnya.

Pada Sabtu, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura melakukan pemeriksaan susulan pada Rabu lalu untuk meneliti semula keadaan tapak dan melakukan semburan kabus (fogging).

"Arahan Henti Kerja dikeluarkan terhadap tapak pembinaan pada 27 Ogos lalu untuk tujuan pembersihan kawasan tapak didapati kurang memuaskan dengan ia berpotensi sebagai lokasi pembiakan nyamuk," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan NEA dan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

"Tapak pembinaan diperlukan untuk membersihkan keadaan itu dan meningkatkan langkah pencegahan.

Pekerja dimaklumkan oleh penyelia pada pagi Sabtu bahawa mereka tidak boleh meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Ge Zhen Ying, 47, memberitahu The Straits Times: "Kami diberitahu tidak dibenarkan untuk terus bekerja dan terpaksa membersihkan kawasan tapak pembinaan dan tempat kediaman."

Mereka juga diarahkan untuk memakai baju lengan panjang dan seluar panjang.



Tags / Kata Kunci: virus Zika , Singapura

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan