Letupan Di Gereja Indonesia, Lelaki Bawa Barang Logo IS

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Satu letupan berlaku di Gereja Katolik St Yoseph di Medan, Sumatera Utara pada pagi Ahad selepas seorang lelaki membawa bahan letupan di dalam begnya.

Kejadian pada pukul 8 pagi itu dilaporkan hanya mengakibatkan kecederaan pada dirinya sendiri.

Seorang saksi, Timbas Tarigan memberitahu The Jakarta Post bahawa lelaki berkenaan duduk bersama yang lain di dalam gereja semasa letupan berlaku.

Kecederaan ringan yang dialami tidak menghalangnya untuk cuba menyerang paderi menggunakan kapak yang dibawa keluar dari beg.

Cubaannya bagaimanapun berjaya dihalang oleh mereka yang berada di dalam gereja. 

Usaha memindahkan keluar orang ramai dilakukan pada pukul 10.20 pagi.

Polis turut menghapuskan baki bahan letupan di dalam beg berkenaan.

Tarigan berkata, penganut agama turut menyedari peralatan milik lelaki itu mempunyai logo IS. – The Jakarta Post/Asia News Network

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan