Mangsa Simbah Asid Bakal Sertai Minggu Fesyen New York

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 8:21 PM

Reshma Qureshi menjadi wajah bagi kempen menghentikan jualan asid secara terbuka di India. Foto Youtube

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang wanita warga India yang menjadi mangsa simbah asid bakal berjalan di pentas peragaan fesyen di New York sempena lawatan pertamanya ke luar negara, bulan depan.

Reshma Qureshi, 19, yang menetap di Mumbai diserang oleh abang iparnya bersama rakan-rakan sehingga disimbah asid dalam satu kejadian pada 2014.

Walaupun wajahnya mengalami kecacatan dan kehilangan penglihatan sebelah mata, tetapi Qureshi bangkit dan membina kehidupannya.

Dia menjadi wajah bagi kempen menghentikan jualan asid secara terbuka di India dan muncul dalam video di YouTube dengan menawarkan tips kecantikan dan petua solekan.

Sebuah syarikat pengeluar fesyen FTL Moda menjemputnya untuk mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen New York yang menghimpunkan model, editor fesyen, pembeli dan pereka fesyen dari seluruh dunia.

Menurut FTL Moda kepada Agence France-Presse, Qureshi dijadualkan berjalan di atas pentas peragaan pada 8 September depan dalam dua pertunjukan fesyen.

Anak kepada pemandu teksi itu dilihat sebak saat dimaklumkan oleh kempen amal 'Make Love Not Scars' mengenai peluang dia akan diterbangkan ke New York.

Badan amal Acid Survivors Trust International yang berpangkalan di London menganggarkan seramai 500 sehingga 1,000 mangsa asid di India setiap tahun.

Serangan asid jarang mengakibatkan kematian tetapi memberi kesan parut secara fizikal, psikologi dan sosial.

Kebanyakan mangsa di kalangan wanita dan kanak-kanak.

FTL Moda komited untuk mencabar kecantikan dalam dunia fesyen.

Tahun lalu, ia menjemput Madeline Stuart, seorang remaja warga Australia yang menghidap sindrom Down untuk berjalan di atas pentas peragaan. – The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Reshma Qureshi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan