Model Wanita Singapura 'Pokemon Master' Pertama Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Seorang model sambilan dari Singapura mencatat sejarah peribadi apabila dilantik sebagai Pokemon Master dengan gaji sebanyak $1,000 (RM4,041) sebulan.

Mirror.co.uk melaporkan, ia jawatan pertama yang ditawarkan selepas permainan itu dilancarkan Julai lalu.

Ivy Lim, terpilih antara ribuan calon lain yang memohon pekerjaan itu, awal bulan ini.

Sepanjang tempoh tiga bulan dari sekarang, wanita berusia 22 tahun ini bertanggungjawab menangkap Pokemon, melatih peserta lain serta berkongsi tips dan rahsia.

“Saya tidak tahu pekerjaan sebagai ‘Pokemon Master’ ini wujud. Saya selalu mahu berlatih dengan rakan-rakan menangkap Pokemon dalam kehidupan sebenar macam dalam program.

“Saya ‘Trainer Level 23’ dan menangkap 121 karakter Pokemon, saya merancang untuk menambah bilangan itu dua kali ganda ketika bekerja ini,” katanya.

Majikan yang menawarkan pekerjaan itu, Funzing.com berkata idea untuk mewujudkan pekerjaan itu timbul selepas ramai pengguna yang meminta pakar Pokemon.

Aplikasi Pokemon digunakan lebih 45 juta pengguna setiap hari pada Julai namun angka itu menurun pada awal Ogos kepada 30 juta menurut data dikeluarkan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia.

Tags / Kata Kunci: Pokemon Master , Ivy Lim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan