India Cadang Haramkan Ibu Tumpang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 8:29 AM

India telah digelar sebagai 'hab ibu tumpang' di dunia, di mana pasangan yang mempunyai masalah untuk membawa kandungan, termasuk dari luar negara dari luar negara, membayar kepada wanita tempatan untuk menumpang janin mereka sehingga waktu kelahiran. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

KERAJAAN India telah melancarkan draf undang-undang yang bakal mengharamkan ibu tumpang komersial.

Jika diluluskan oleh Parlimen, undang-undang itu juga akan mengharamkan bukan pemegang pasport India, ibu tunggal India dan kumpulan gay untuk melahirkan anak melalui ibu tumpang, lapor BBC News.

Pasangan yang bercadang untuk menggunakan cara ini perlu mencari ibu tumpang yang mempunyai talian persaudaraan yang rapat.

Mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang ini akan berdepan sekurang-kurangnya lima tahun penjara dan denda sehingga hampir AS$15,000.

Cadangan ini telah dikritik oleh kumpulan yang tidak subur atau mandul, dengan alasan ia boleh membawa kepada wujudnya industri itu yang dilakukan secara haram.

India telah digelar sebagai 'hab ibu tumpang' di dunia, di mana pasangan yang tidak subur, termasuk kebanyakannya dari luar negara, membayar kepada wanita tempatan untuk menumpang janin mereka sehingga waktu kelahiran.

Selebriti Bollywood yang menggunakan teknik ini termasuklah Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Tusshar Kapoor.

Industri ini dianggarkan bernilai lebih dari AS$1bilion setahun, namun terdapat kebimbangan yang semakin meningkat ke atas perniagaan ini yang tidak terkawal.

Menteri Luar, Sushma Swaraj memberitahu pemberita bahawa di bawah undang-undang yang dicadangkan itu, hanya pasangan subur tempatan yang berkahwin sekurang-kurangnya lima tahun yang akan dibolehkan mencari ibu tumpang yang terdiri daripada saudara rapat.

"Ini adalah satu rang undang-undang yang komprehensif untuk mengharamkan sepenuhnya ibu tumpang komersial," katanya kepada pemberita.

"Pasangan yang tidak mempunyai anak, yang tidak mampu dari segi kesihatan untuk mempunyai anak, boleh mendapatkan bantuan daripada saudara terdekat, yang dipanggil ibu tumpang altruistik," katanya.

Ramai yang mengkritik langkah itu, menyatakan bahawa pasangan yang terdesak untuk mempunyai anak tidak mempunyai banyak pilihan yang tinggal.

"Walaupun kita memerlukan peraturan-peraturan untuk memastikan bahawa tidak ada wanita menjadi ibu tumpang secara terpaksa, larangan secara terang-terangan adalah tidak logik," kata pakar kesuburan Archana Dhawan Bajaj kepada agensi berita AFP.

India adalah negara yang mempunyai satu pertiga daripada rakyat termiskin di dunia.

Pengkritik berhujah bahawa kemiskinan adalah faktor utama wanita untuk menjadi ibu tumpang dalam usaha untuk mendapatkan wang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan