Bakar Hutan: Indonesia Makin Tegas, Tahan Lebih 450 Suspek - Berita Dunia | mStar

Bakar Hutan: Indonesia Makin Tegas, Tahan Lebih 450 Suspek

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kejadian kebakaran hutan yang mengakibatkan masalah pencemaran dan gangguan kesihatan penduduk tempatan dan negara jiran mendorong pihak berkuasa Indonesia bertindak lebih tegas tahun ini.

Setkat ini, lebih 450 suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di tanah dan hutan negara itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tito Karnavian berkata, penahanan suspek kegiatan itu adalah antara langkah pencegahan yang dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan kadar titik panas di negara itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak fakta bahawa faktor cuaca juga turut memberi kesan dalam hal berkenaan.

"Bilangan suspek yang ditahan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

"Ini adalah antara faktor kenapa gejala pembakaran hutan berkurangan tahun ini," katanya.

Ketua Penyiasat Indonesia, Ari Dono Sukmanto pula berkata, selain 454 suspek, sembilan individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat yang dipercayai memulakan pembakaran hutan turut ditahan.

"Semua sembilan syarikat masih disiasat," katanya.

Tahun lalu, polis Indonesia menahan 196 inividu termasuk yang mempunyai jaringan dengan 25 syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan itu.

Bagi mengelak berulangnya krisis jerebu 2015, Presiden Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang disyaki terlibat.

Setakat ini, Malaysia dan Singapura telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan untuk membantu menangani masalah kebakaran hutan termasuk di kawasan perladangan sekitar Riau dan Kalimantan.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , hutan , jerebu , Joko Widodo
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan