Pesawat Terbesar Di Dunia Terhempas

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 8:54 AM

(Ubah saiz teks)

PESAWAT terbesar di dunia terhempas semasa ujian penerbangan kedua di United Kingdom, mengakibatkan kerosakan pada bahagian kokpit.

Sebahagian Airlander 10 yang bernilai £25 juta (RM133.67 juta) dan sepanjang 302 kaki (92 meter) rosak selepas ia melanggar tiang taligraf.

Bagaimanapun, ia terhempas ke tanah secara perlahan.

Insiden berlaku di pangkalannya di Cardington Airfield, Bedfordshire pada Rabu.

Bahagian kokpit mengalami kerosakan.

Seorang jurucakap Hybrid Air Vehicles berkata: "Prototaip Airlander 10 menjalani ujian penerbangan kedua dan terbang selama 100 minit, serta menyelesaikan semua tugas yang dirancangkan sebelum kembali ke Cardington untuk pendaratan.

"Airlander melalui pendaratan yang berat mengakibatkan bahagian dek hadapan pesawat mengalami kerosakan, dan ia sedang diperiksa.

"Kedua-dua juruterbang dan kru di lapangan selamat, dan pesawat dalam keadaan terkawal," katanya.

Ia dilabelkan sebagai satu pencapaian moden dalam kapal udara, tetapi diketepikan selepas tragedi Hindenburg pada 1937.

Airlander direka untuk penggunaan bahan api yang lebih sedikit berbanding pesawat, tetapi membawa muatan lebih berat berbanding kapal udara konvensional. - Mail Online

133.67
Tags / Kata Kunci: Airlander 10

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan