Carmen Dell’Orefice Model Paling Tua Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

IKONIK kelahiran Amerika Syarikat, Carmen Dell’Orefice yang berusia 85 tahun kini merupakan wanita paling tua di dunia yang menjadi peragawati.

Kerjaya beliau sebagai model bermula sejak usia 13 tahun apabila menandatangani kontrak pertama dengan bayaran AS$7.50 (RM30.27) sejam.


"Saya mula menceburi industri ini apabila industri ini lahir selepas Perang Dunia Kedua," ujar Dell’Orefice.

"Disebabkan peperangan, wanita tidak boleh pergi ke Eropah dan memiliki pakaian 'couture'. Saya adalah sebahagian daripada era perkembangan couture Amerika (di mana pereka) melakukan rekaan mereka sendiri tanpa hanya bergantung kepada bakat-bakat dari Eropah."


Mengenai impak yang dibawakannya, tambah Dell’Orefice: "Saya berharap saya membantu wanita keluar dari kepompong penuaan, menjalani kehidupan mereka dan tidak cuba untuk bersaing antara mereka sendiri yang usianya lebih muda atau mana-mana usia sekalipun.

"Saya akhirnya mencapai satu titik kehidupan saya di mana saya mempunyai keunikan tersendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Carmen Dell’Orefice

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan