Kanak-kanak terselamat selepas 17 jam di bawah runtuhan - Berita Dunia | mStar

Kanak-kanak terselamat selepas 17 jam di bawah runtuhan

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

ROM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terselamat walaupun terperangkap selama 17 jam di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi yang melanda tengah Itali pada Rabu.

Detik-detik dramatik itu sempat dirakamkan oleh orang awam ketika pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa dari celahan runtuhan di pekan Pescara del Tronto awal pagi Khamis.

Menerusi video amatur itu, kanak-kanak terbabit yang tidak dinamakan tersebut diselaputi debu di bahagian kaki dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Mengulas tentang operasi menyelamat itu, anggota bomba dari Ascoli Piceno, Danilo Dionisi berkata, kanak-kanak terbabit telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Seperti yang dibimbangi ramai pihak, kemusnahan di pekan ini sangat menggerunkan," katanya.

Usaha mencari mangsa yang terselamat ekoran bencana itu masih diteruskan ketika imej yang tersebar dalam Internet menunjukkan kemusnahan teruk empat pekan di tengah Itali. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: GEMPA SELAMAT
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan