Indonesia Keluar Amaran Larang Bakar Hutan

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Api kebakaran hutan yang semakin marak menyebabkan sekurang-kurangnya enam wilayah Indonesia di  Sumatera dan Kalimantan mengeluarkan amaran menghalang kegiatan pembakaran.

Setakat Ogos, sekurang-kurangnya 79 individu ditangkap kerana melakukan kesalahan membakar hutan.

Pegawai dan jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasio­nal (BNPB), Sutopo Nugroho berkata, tindakan segera itu diambil kerana pemerintah bimbang kejadian kebakaran hutan seperti tahun lalu berulang.

Tahun lalu, bencana akibat kebakaran hutan yang sekali gus menyebabkan jerebu dan pencemaran udara teruk telah  menjejaskan beberapa jiran Indonesia.

Ia juga mengakibatkan Jakarta menanggung kerugian AS$16 bilion (RM64.4 bilion).

“Pertengahan musim kering dimana kebakaran hutan sampai ke kemuncaknya dijangka berlaku September ini.

“Status amaran kecemasan ini dikeluarkan supaya lebih mudah untuk BNPB menggerakkan sumber-sumbernya,” kata Sutopo.

Beliau berkata, agensi itu menghantar lapan helikopter, dua pesawat membawa air dan dua kapal terbang pembenihan awan ke Sumatera dan Kalimantan.

“Di Riau, anggota-anggota pemadam api memadamkan kebakaran meliputi kawasan hutan seluas 3,000 hektar," katanya.

Kebakaran hutan merupakan bencana tahunan di Indonesia. Ia menyebabkan jerebu yang kerap menjejaskan jirannya iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand dengan tahap pencemaran udara mencapai paras bahaya.

Kebakaran pada tahun lalu memusnahkan 2.6 juta hektar hutan dan tanah pertanian di seluruh kepulauan Indonesia dari Jun hingga Oktober.

Pencemaran jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan juga menyebabkan lebih 500,000 orang jatuh sakit, menurut BNPB.

Tags / Kata Kunci: Sutopo Nugroho , Sumatera , jerebu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan