Ryan Lochte Hilang Empat Tajaan Selepas Buat Tuntutan Palsu Di Rio

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Perenang Olimpik Ryan Lochte hilang empat penajaan pada Isnin selepas pemenang pingat emas itu dikatakan membuat tuntutan palsu bahawa beliau dirompak di Rio, di mana cerita itu kemudian diragui oleh polis Brazil.

Jenama pakaian renang global, Speedo dan label fesyen Amerika Syarikat, Ralph Lauren mendahului senarai syarikat-syarikat yang mengakhiri hubungan mereka dengan Lochte, 32, apabila bekas penajanya itu menyedari tindakan Lochte tidak mencerminkan 'nilai-nilai' yang mahu digalakkan.

Syarikat tilam, Airweave dan Syneron Candela, syarikat induk untuk sistem laser menghilangkan bulu roma yang dipromosikan Lochte segera mengikut tindakan dua penajanya sebelum ini.


Lochte mendakwa beliau dan tiga rakan sepasukannya yang juga pemenang pingat emas di Rio telah dirompak oleh perompak yang menyamar sebagai polis selepas mereka keluar malam.

Cerita itu kemudian dibongkar dengan cepat dengan adanya keterangan saksi baru dan video pengawasan.

Polis berkata, kumpulan itu telah ditahan kerana melakukan vandelisme di tandas sebuah stesen minyak, diketuai oleh Lochte yang sedang mabuk.

"Speedo Amerika Syarikat hari ini mengumumkan keputusan untuk menamatkan penajaan Ryan Lochte," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa syarikat itu akan menderma yuran Lochte bernilai $50,000 (RM201,705)  untuk Save the Children ke arah membantu belia Brazil.

"Walaupun kami telah menikmati hubungan yang begitu baik dengan Ryan selama lebih satu dekad dan dia telah menjadi anggota penting dalam pasukan Speedo, kita tidak boleh membiarkan tingkah laku bertentangan dengan nilai-nilai yang dipegang jenama ini yang telah lama bertapak," katanya.

"Kami menghargai pencapaiannya dan berharap dia dapat bergerak ke hadapan dan menerima pengajaran dari pengalaman ini," kata Speedo USA mengenai Lochte, yang telah memenangi sejumlah 12 pingat dalam pertandingan Olimpik sepanjang kerjayanya, enam daripadanya adalah pingat emas.

Dalam satu kenyataan kepada E! News, Lochte berkata beliau 'bersyukur dengan peluang' yang diberikan kepadanya dengan hubungan bersama Speedo di mana perjanjian 10 tahun itu akan berakhir pada tahun ini, menurut ESPN.

Ralph Lauren, yang menaja pakaian pasukan Amerika Syarikat untuk upacara pembukaan dan penutup di Rio berkata ia juga telah 'selesai' dengan Lochte, menyatakan bahawa perjanjian mereka adalah khusus kepada Olimpik Rio dan kontraknya tidak akan diperbaharui.

"Ralph Lauren dengan bangganya akan terus menaja Olimpik Amerika Syarikat dan Pasukan Paralimpik dan nilai-nilai yang dijelmakan atletnya," katanya dalam satu kenyataan.


Airweave berkata di Twitter turut menyatakan berakhirnya perkongsiannya dengan Lochte, yang juga terhad kepada Sukan Olimpik Rio.
Tags / Kata Kunci: Ryan Lochte , tuntutan palsu , Olimpik Rio

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan