Bekas Presiden Singapura SR Nathan Meninggal Dunia - Berita Dunia | mStar

Bekas Presiden Singapura SR Nathan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 10:59 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SINGAPURA: Presiden Singapura paling lama berkhidmat, SR Nathan meninggal dunia di Hospital Umum Singapura, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Beliau berusia 92 tahun.

"Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya sedih setelah mengetahui mengenai berita kematain SR Nathan dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

"Urusan untuk orang ramai memberi penghormatan dan pengebumian akan diumumkan kemudian," menurut kenyataan itu.

Nathan yang memasuki usia 92 bulan lepas telah diserang angin ahmar pada 31 Julai lalu.

Beliau adalah presiden keenam dan yang paling lama berkhidmat di Singapura bermula 1999 hingga 2011.

Beliau berundur secara rasmi sebagai presiden pada 31 Ogos 2011 dan digantikan presiden sekarang, Tony Tan Keng Yam.

Nathan dilantik sebagai Pesuruhjaya Tingggi Singapura di Malaysia pada 1988.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Tony Tan memberikan penghormatan dan menyampaikan takziah kepada keluarga Nathan menerusi laman Facebook. 

"Amat terharu dengan pemergian Encik SR Nathan hari ini. Beliau meninggal dengan tenang di Hospital Besar Singapura, dengan kehadiran keluarga dan orang-orang yang disayangi, tiga minggu selepas diserang angin ahmar," kata Lee di Facebooknya.

"Kehidupan Encik Nathan menjadi inspirasi buat kita semua.

"Encik Nathan merupakan Presiden kita yang paling lama berkhidmat. Presiden yang mesra dan mudah didampingi dan disayangi oleh rakyat Singapura.

"Beliau mempesona pelawat dengan pengetahuannya mengenai hal ehwal dunia, dan berkhidmat dengan penuh wibawa dan cemerlang," kata Lee yang mengenali Nathan selama 40 tahun, sejak beliau menjadi seorang pegawai muda dalam Angkatan Tentera Singapura.

Tags / Kata Kunci: SR Nathan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan