Abang Omran Meninggal Dunia Akibat Cedera Parah

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 7:30 AM

Omran Daqneesh.

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Abang kepada Omran Daqneesh, kanak-kanak Syria yang gambarnya dirakamkan dalam keadaan cukup menyayat hati duduk di belakang sebuah ambulans Rabu lalu, meninggal dunia pada Ahad akibat cedera parah selepas kediaman mereka musnah dalam satu serangan udara.

"Ali, 10, terkorban akibat cedera parah dalam serangan pada 17 Ogos lalu di Aleppo," kata Pemerhati hak asasi manusia Syria.

Gambar Omran, 4, dalam keadaan trauma dan berlumuran darah ketika duduk di belakang sebuah ambulans menjadi viral di media sosial seluruh dunia.

Malah gambar terbaharu itu Omran itu membuktikan penderitaan kanak-kanak Syria dalam konflik keganasan sejak lima tahun lalu itu.

Omran dan ibu bapanya berjaya dikeluarkan dari runtuhan dalam keadaan cedera tetapi selamat susulan serangan bom di kejiranan Qaterji yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo.

Pusat Media Aleppo, sebuah rangkaian aktivis di bandar terpisah dekat utara itu mengesahkan kematian Ali dalam sebuah video pada Ahad.

Gambar Omran yang kelihatan parah, terkejut dan hanya berdiam diri mencetus kemarahan global, sama seperti gambar mayat seorang kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi, yang ditemui terdampar di pantai Turki ketika bersama keluarganya untuk cuba masuk ke Eropah pada 3 September lalu.

Lebih 290,000 orang terbunuh sejak konflik tercetus di Syria dengan 15,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dianggarkan seramai 250,000 orang penduduk masih tinggal di bahagian timur bandar itu, 100,000 daripadanya adalah kanak-kanak. 


Tags / Kata Kunci: Omran Daqneesh , Aleppo , serangan udara

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan