PM Singapura Kurang Sihat Pada Perhimpunan Hari Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 11:24 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati keadaannya tidak serius. PMO akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat," tambah kenyataan itu.

Lee, 64, dijangka menamatkan ucapan dalam versi bahasa Inggeris pada pukul 10 malam.

Ucapan Lee tiba-tiba tersekat-sekat sebelum mukanya pucat dan badannya menggigil di rostrum sebelum visual televisyen dialihkan ke arah hadirin.

Sebelum itu, Lee telah berucap dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada pukul 6.45 petang.

Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan Lee telah meminta Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean untuk menyampaikan pesanan beliau akan kembali menamatkan ucapannya.

Maklumat terkini dari PMO pula berkata: "PM Lee tidak sihat kerana telah berdiri terlalu lama, kepanasan dan dehidrasi. Keadaan jantungnya adalah baik dan beliau tidak mengalami strok."

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. PM Lee akan menyambung ucapannya pada pukul 10.40 malam ini," tambah kenyataan itu.

Ketika menyambung ucapannya selepas berehat hampir sejam, Lee memulakannya dengan: "Terima kasih kerana menunggu saya. Semua orang resah. Saya tidak pernah melihat sebegini ramai doktor memeriksa saya pada satu masa.

"Walaupun mereka menyatakan saya tidak apa-apa tapi saya akan melakukan pemeriksaan penuh selepas ini. Tapi sebelum itu, saya akan habiskan ucapan saya."

Kelihatan lebih segar selepas rehat itu, Lee menerima tepukan gemuruh hadirin yang berdiri sebelum menyambung ucapannya.

Beliau mengakhiri ucapannya itu dalam masa 15 minit.

Tags / Kata Kunci: Lee Hsien Loong

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan