Premis Replika Senjata Api Di Lapangan Terbang Rusia Cetus Kebimbangan - Berita Dunia | mStar

Premis Replika Senjata Api Di Lapangan Terbang Rusia Cetus Kebimbangan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Pengurusan lapangan terbang terbesar di Rusia menyuarakan kebimbangan apabila pengeluar senjata api Kalashnikov membuka premis yang menjual replika sebenar senapang.

Awal minggu ini, Kalashnikov Concern adalah pengeluar senapang AK-47 telah merasmikan premisnya di Lapangan Terbang Sheremetyevo dekat sini.

"Anda boleh membeli cenderahati, baju, beg dan pelbagai barangan di sini," kata syarikat itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

"Senarai barang jualan kami juga meliputi replika senjata api yang dibenarkan undang-undang," katanya.

Pemilikan kebanyakan senjata api tidak dibenarkan di Rusia dan lapangan terbang negara itu juga melaksanakan kawalan keselamatan yang ketat susulan serangan bom di lapangan terbang Domodedovo yang mengakibatkan 37 maut.

Jurucakap Sheremetyeyo memberitahun AFP, premis itu kini dipantau pasukan keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

"Jika timbul isu berkaitan produk yang dijual di premis berkenaan, pengurusan lapangan terbang mungkin mengemukakan aduan berkaitan replika senjata api itu. -- AFP

Tags / Kata Kunci: AK-47 , Rusia , Kalashnikov Concern

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan