Omran Menangis Sebaik Bertemu Ibu Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 3:49 PM

Foto Omran Daqneesh yang menjadi viral dan mendapat perhatian dunia. Foto Reuters.

(Ubah saiz teks)

ALEPPO: Seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi viral selepas dirakam sedang duduk di kerusi ambulans dalam keadaan bingung akibat serangan udara di bandar kediamannya berjaya disatukan dengan ibu bapanya pada Jumaat.

Menurut jururawat bertugas, Omran Daqneesh langsung tidak menangis ketika dia sedang dirawat dan mungkin masih berada dalam keadaan trauma serta ketakutan.

"Dia tidak berkata apa-apa kecuali hanya meminta untuk bertemu ibu bapanya dan mereka tiba tidak lama selepas itu di lokasi perubatan ini.

"Selepas melihat kedua ibu bapanya, Omran mula menangis," kata Abu Rejab dari Persatuan Perubatan Syria Amerika.


Omran Daqneesh terpaku dan bingung dengan nasib yang menimpa keluarganya. Foto Reuters.

Selain itu, ibu bapa Omran memberitahu kakitangan perubatan yang mereka tidak takut dengan tindakan tentera bersekutu rejim Bashar al Assad.

Bagi doktor yang merawat Omran iaitu Dr Mohammed pula berkata, kanak-kanak yang mengalami kecederaan kebiasaanya akan menangis dan menjerit tetapi berbeza dengan Omran yang membisu selepas cedera.

"Omran tidak menangis, hanya terkejut dan kejadian ini amat sukar untuk kita tafsirkan selepas melihat ramai insan tidak berdosa kehilangan nyawa mereka.

"Bom dan roket turun seperti hujan di kawasan penduduk yang ramai seperti sekolah dan juga hospital," katanya.

Tambahnya, Omran yang cedera di kepala telah dibenarkan keluar dari Hospital M10 selepas menerima rawatan.

Tags / Kata Kunci: Syria , Omran

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan