Indonesia Bertindak, Asap Jerebu Dikesan Menuju Selat Melaka

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Asap jerebu yang dikesan mula bergerak melintasi Selat Melaka menuju ke Malaysia dan Singapura mendorong agensi pengurusan bencana Indonesia menggesa langkah segera diambil bagi menangani masalah kebakaran hutan di negara itu.

Malahan, saranan juga dibuat supaya tindakan dikenakan terhadap syarikat perladangan yang menggunakan kaedah tebang dan bakar untuk membersihkan tanah.

Setiap tahun, Indonesia yang mempunyai hutan tropika ketiga terbesar di dunia dikritik aktivis alam sekitar dan negara jiran di Asia Tenggara kerana gagal menghalang kegiatan pembakaran hutan.

“Asap daripada kebakaran hutan dan tanah di Riau mula memasuki Selat Melaka. Marilah menghalang dan memadamkan kebakaran ini,” kata jurucakap agensi ber­kenaan, Sutopo Nugroho di akaun Twitternya, @Sutopo_BNPB pada Jumaat.

Kata Sutopo lagi, sejak seminggu lalu, bilangan titik panas di Kalimantan Barat telah meningkat dengan mendadak.

Bagaimanapun, katanya, cuaca kering menyukarkan usaha memadamkan kebakaran yang dijangka kritikal sehingga Oktober depan.

"Pengumuman awal darurat kebakaran di lima wilayah di Indonesia tahun ini bagaimanapun membantu membendung api daripada terus merebak seperti pada 2015," katanya apabila masalah itu diburukkan lagi oleh fenomena cuaca El Nino.

“Tindak balas termasuk daripada Agensi Pengurusan Bencana Nasional juga lebih cepat dan lebih baik. Pada tahun lalu, perisytiharan darurat dibuat hanya selepas kebakaran ini merebak dengan begitu meluas,” katanya.

Jerebu tebal akibat pembersihan hutan kerap datang dari Pulau Sumatera dan wilayah Kalimantan di mana banyak konsesi hutan digunakan oleh syarikat minyak kelapa sawit dan pengeluar kertas, sebahagiannya disenaraikan di Singapura.

Indonesia mengenakan denda berat terhadap sebuah syarikat perladangan tempatan pada minggu lalu dengan harapan ia dapat mencegah syarikat dan individu daripada menggunakan teknik tebang dan bakar untuk membersihkan tanah pertanian. – Reuters


 

Tags / Kata Kunci: Indonesia , jerebu , kebakaran , darurat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan