Louisiana Tenggelam, 12 Kawasan Diisytihar Darurat

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

BATON ROUGE: Kawasan yang dinaiki air di negeri Louisiana semakin luas mengakibatkan pihak berkuasa terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah.

Situasi semakin genting apabila lapan penduduk terkorban susulan bencana alam itu.

Terkini 12 kawasan telah diisytiharkan darurat, berbanding empat pada Isnin.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, berkata air mula surut di beberapa wilayah di utara dan barat zon banjir, manakala kawasan lain masih kekal diisytiharkan darurat.

"Masih ramai penduduk yang berhadapan kesukaran termasuk 34,000 yang menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik," katanya.

Lebih 40,000 rumah terjejas akibat banjir dan lebih 8,000 penduduk berada di pusat perlindungan, manakala kira-kira 20,000 diselamatkan atau dipindahkan.

Sementara itu, Superintendan Polis Louisiana, Kolonel Mike Edmondson berkata, terdapat 14,000 penduduk kini berada di pusat pemindahan, kebanyakannya di sekitar bandar ini serta kawasan berhampiran.

Pada masa sama, ratusan jalan raya yang kebanyakannya di selatan negeri itu terpaksa ditutup.

“Jalan raya itu mungkin terputus untuk beberapa hari kerana air belum surut,” kata Edmondson. 

Tags / Kata Kunci: Louisiana , darurat , banjir , John Bel Edwards

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan