Jokowi Gugurkan Menteri Tenaga Yang Baharu Dilantik 20 Hari

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo menggugurkan Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Arcandra Tahar yang baharu dilantiknya 20 hari lepas setelah menteri itu didapati mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Media tempatan pada Selasa memetik Menteri Sekretaris Negara, Pratikno sebagai berkata keputusan untuk mengugurkan Arcandra dibuat pada petang semalam setelah mengesahkan menteri itu mempunyai dua kewarganegaraan sejak tahun 2012.

Arcandra adalah antara enam menteri baharu yang dilantik dalam rombakan Kabinet pada 27 Julai lepas.

Menurut Undang-undang 12/2006 mengenai Kewarganegaraan, Indonesia tidak mengamalkan sistem dua kewarganegaraan dan mana-mana warganegaranya yang mengangkat sumpah atau berpindah kewarganegaraan, secara automatik kehilangan status warganegara Indonesianya.

Arcandra, 46, berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam Kejuteraan Laut, berhijrah ke Amerika Syarikat beberapa tahun lepas dan bekerja sebagai Presiden sebuah syarikat kejuteraan gas dan minyak di Houston.

Pratikno berkata jawatan menteri itu kini dipangku oleh Menteri Koodinator Maritim Luhut Binsar Pandjaitan sehingga pelantikan baharu dibuat.

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Joko Widodo , Arcandra Tahar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan