Serangan Militan Cemari Sambutan Kemerdekaan India

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 2:13 PM

Polis di kawasan Srinagar daerah Jammu dan Kashmir, India.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Dua militan bersenjata menyerang sebuah balai polis di Srinagar, India sewaktu Perdana Menteri, Narendra Modi menyampaikan ucapan Hari Kemerdekaan di ibu negara itu pada Isnin.

Dalam serangan tersebut, enam anggota simpanan polis cedera namun dua militan itu gagal menguasai stesen polis berdekatan bandar Srinagar di utara Jammu dan Kashmir.

Menurut polis, operasi membanteras militan yang bersembunyi di bangunan berhampiran masih diteruskan dan masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian itu.

Sementara itu, tentera India memaklumkan mereka telah berjaya menggagalkan cubaan dua militan dari Pakistan untuk menyelinap masuk ke India.

Dua lelaki tersebut telah dibunuh di sempadan antara negara-negara jiran di utara Kashmir.

Terdahulu, Kashmir menyaksikan bantahan pembunuhan pemimpin militan Burhan Wani iaitu komander kumpulan militan berpangkalan di Hizbul Mujahideen sejak 8 Julai lalu sehingga mengorbanan 54 nyawa dan beberapa ribu lagi cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Menerusi ucapan Hari Kemerdekaan itu, Modi mengelak daripada mengutuk secara langsung pemerintahan Kashmir tetapi beliau mengkritik rakyat Pakistan yang meraikan serang penggans di India.

Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti kebangsaan pada Jumaat bagi mencari jalan untuk menamatkan pergolakan di Kashmir sejak 2010. -Reuters

Tags / Kata Kunci: New Delhi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan