Ubah Wang Haram: Anak Bekas Presiden Sri Lanka Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 8:42 PM

Namal Rajapaksa. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan anak sulung bekas presiden, Mahinda Rajapaksa pada Isnin kerana disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram, kata peguamnya.

Presiden Sri Lanka yang baharu, Maithripala Sirisena berdepan dengan tekanan supaya bertindak terhadap dakwaan rasuah semasa era kepimpinan Rajapaksa, terutama di kalangan pertubuhan sivil yang menyokongnya sehingga tersingkirnya Rajapaksa pada tahun lalu.

Menurut peguam, anak lelaki bekas presiden itu, Namal Rajapaksa yang juga merupakan ahli parlimen, disoal siasat oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Kewangan berhubung wang yang dilaburkannya di dua syarikat.

"Dia ditahan polis di bawah akta pencegahan penggubahan wang haram," kata peguam, Premanath C. Dolawatta kepada Reuters.

Dolawatta berkata, Namal direman selama seminggu.

Penahanan tersebut merupakan yang kedua kedua buat anak bekas presiden itu.

Julai lalu, Namal ditahan berhubung kes lain membabitkan penyelewengan dana dalam projek apartment bernilai $650 juta, dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas tujuh hari direman. - Reuters 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan