20 Juta Tandas Dibina - PM India

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 9:18 PM

Narendra Modi.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin berkata, kerajaannya telah membina lebih 20 juta tandas dan menyediakan kemudahan elektrik kepada beribu-ribu penduduk kampung.

Modi yang berucap pada sambutan hari kemerdekaan negara itu pada Isnin berkata, pentadbirannya telah melaksanakan janji untuk menyediakan bekalan elektrik dan tandas kepada setiap isu rumah di seluruh India, negara yang mempunyai populasi kedua tertinggi di dunia.

Modi menerima pujian dalam ucapannya pada 2014 apabila beliau mahu menangani isu-isu taboo seperti keganasan seksual dan kekurangan tandas, dengan menjanjikan satu tandas untuk setiap isi rumah dalam tempoh empat tahun.

"Hari ini, boleh saya katakan dalam masa singkat ini, lebih 20 juta tandas telah dibina di kawasan-kawasan kampung di India," kata Modi sambil mendapat tepukan gemuruh.

Menurut Unicef, tempat membuang air secara terbuka sering menjadi masalah besar bagi kesihatan dan pembuangan najis di India, di mana hampir 594 juta orang, hampir separuh daripada jumlah populasi negara itu membuang air secara terbuka.

Modi menekankan bahawa terdapat keperluan untuk membersihkan India secara mengambil alih pucuk pimpinan pada 2014.

Beliau juga berulang kali menggesa setiap isu rumah supaya mempunyai tandas bagi mengakhiri penyebaran pelbagai wabak dan penyakit seperti cirit-birit. - AFP


Tags / Kata Kunci: Narendra Modi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan