Speaker DPRD Ditahan Positif Dadah

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 11:59 AM

Muhammad Syaihu antara yang tahan selepas didapati positif dadah.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sarolangun di Jambi, Muhammad Syaihu ditahan polis pada Sabtu setelah ujian air kencing terhadapnya didapati positif dadah.

Media-media tempatan pada Ahad memetik Ketua Polis Kota Jambi Bernard Sibarani sebagai berkata, wakil rakyat itu ditahan bersama tujuh rakannya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bungis, Kota Baru di Kota Jambi kerana dipercayai sedang berkumpul untuk menghisap dadah.

Ketua DPRD ialah setaraf Speaker Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Katanya, hasil serbuan itu polis turut menemui satu paket yang dipercayai dadah jenis syabu seberat 4.3 gram serta beberapa peralatan untuk menghisap dadah.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 hingga 42 tahun dan salah seorang daripada mereka adalah pegawai kerajaan.

"Mereka kini ditahan di Markas Polis Kota Jambi untuk membantu siasatan lanjut dibawah Pasal 112 dan 114 Undang-undang berkaitan Narkotik," katanya.

Indonesia kini sedang berperang dengan penyalahgunaan dadah yang didapati semakin berleluasa termasuk dalam kalangan ahli-ahli politik dan profesional.

Presiden Joko Widodo mengisytiharkan Indonesia darurat dadah dan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas memeranginya manakala mereka yang didapati bersalah kerana mengedar atau menyeludup dadah dikenakan hukuman tembak sampai mati. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ketua DPRD , Muhammad Syaihu , dadah

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan