Imam, Rakan Maut Ditembak Selepas Selesai Solat - Berita Dunia | mStar

Imam, Rakan Maut Ditembak Selepas Selesai Solat

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 8:21 AM

Lokasi kejadian dikawal ketat polis.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang imam dan rakannya meninggal dunia selepas ditembak di kepala dalam serangan di bandar raya ini.

Bunyi tembakan kedengaran kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan berdekatan sebuah masjid di Ozone Park di kawasan kejiranan Queens.

Kedua-dua lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Jamaica berhampiran di mana imam, Maulama Akonjee, 55, disahkan meninggal dunia, kata jurucakap Pejabat Timbalan Komisioner Polis New York.

Rakan Akonjee, Tharam Uddin, 64, turut meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan itu.

Menurut polis, motif kejadian masih disiasat.

"Tiada sebarang petunjuk ditemui hasil siasatan awal dan mereka menjadi mangsa sasaran," kata jurucakap polis kepada wartawan.

Kedua-dua mangsa dipercayai diserang sekumpulan suspek yang ramai sebelum penyerang beredar selepas melepaskan tembakan, kata polis.

Kedua-dua mereka ditembak di belakang kepala selepas meninggalkan Masjid Jame Al-Furqan, kira-kira pukul 2 petang untuk menunaikan solat. 


Tags / Kata Kunci: iman , maut , serangan , New York
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan