Kecoh Apabila Malia Obama Dikatakan Hisap Ganja

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Media tempatan heboh dengan laporan mengenai anak sulung Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama yang didakwa menghisap rokok mengandungi ganja pada festival muzik Lollapalooza di Chicago, Illinois baru-baru ini.

Remaja berusia 18 tahun itu membuat kejutan apabila meninggalkan Konvensyen Nasional Parti Demokrat lebih awal kerana mahu menghadiri pesta muzik itu.

Penuntut Universiti Harvard yang berehat setahun itu kemudian dirakam memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan sambil menari seksi semasa berpesta.

Seorang remaja perempuan, Jerrdin Selwyn, 18, yang menyaksikan kejadian itu dan memberitahu portal Radar Online bahawa bau asap ganja berlegar di udara.

“Saya melihat Malia menghisap ganja dan saya memiliki gambar untuk membuktikannya. Anda dapat menghidu bau asap ganja,” katanya.

Bagaimanapun, ramai pengguna Twitter mempertahankan anak gadis Barack Obama itu.

“Jangan sibuk tentang Malia. Dia terkurung di rumah itu (White House) selama lapan tahun. Biar dia berseronok sedikit,” kata seorang pengguna Twitter bernama Khaleed.

“Kepada ibu bapa yang menyibuk kerana Malia berseronok di pesta Lollapalooza hujung minggu lalu, sudahkah anda memeriksa Snapchat (laman sosial) anak anda?” Soal seorang pengguna Twitter lain, Big Wave Dave.

Pemilikan sehingga 10 gram ganja dibenarkan di Illinois.



 

Tags / Kata Kunci: Malia Obama , Chicago , ganja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan