12 Bayi Maut Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Seramai 12 bayi yang baru dilahirkan maut selepas bangunan utama wad bersalin Yarmuk hospital di sini terbakar.

Kebakaran yang meragut nyawa bayi pramatang di hospital itu turut mendorong menteri kesihatan Iraq untuk meletak jawatan.

Direktorat Kesihatan Baghdad, Assem Lateef al-Hijami berkata, hanya tujuh daripada bayi pramatang dapat diselamatkan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ahmed al-Rudeini memberitahu, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kerosakkan elektrik.

"29 pesakit wanita di wad hospital tersebut telah dipindahkan ke hospital lain," katanya.

Pihak berkuasa dilapor telah menutup kawasan berkenaan daripada dimasuki orang awam bagi menjalankan siasatan.




Tags / Kata Kunci: Baghdad , Yarmuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan