Gara-Gara Pokemon Go, Jawatan Jurupandu Pelancong Dapat Sambutan Hangat

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Kegilaan orang ramai terhadap permainan Pokemon Go semakin menjadi-jadi apabila iklan jawatan kosong sebagai jurupandu pelancong bagi memburu raksasa kartun itu mendapat sambutan hangat.

Gara-gara Pokemon Go itu, agensi pelancongan dari selatan Granada di Sepanyol, Junior Travel telah mengambil kesempatan memperkenalkan pakej pelancongan berdasarkan permainan itu.

Setakat ini, agensi terbabit sudah menerima 2,000 permohonan untuk jawatan itu.

Antara syaratnya yang ditetapkan, calon yang layak mestilah sekurang-kurangnya sudah bermain sehingga ke tahap 20 daripada jumlah keseluruhan 40 untuk melayakkan mereka menjadi pemandu pelancong.

Mengikut pakej itu, pelanggan akan dibawa menaiki bas sambil diberi bimbingan cara memburu Pokemon dan bayaran dikenakan adalah 43 euro sehari.  - AFP

Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , Junior Travel , Granada

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan